Tips

7 Tips Mengajar Untuk Cikgu Baru

7 tips mengajar untuk cikgu baru ini saya hadiahkan untuk mereka yang baru bergelar guru. Setiap guru berpengalaman asalnya juga seorang guru praktikal dan guru muda. 15 tahun dulu, saya juga begitu.
7 tips ini adalah sebahagian daripada rutin yang dilakukan oleh guru di pelbagai peringkat di mana-mana institusi pendidikan di dunia (okaylah, di Malaysia!). Jangan risau kalau anda asyik-asyik tak mahir atau score markah rendah sewaktu MICROTEACHING. Anak murid kita manusia dan pemeriksa juga adalah manusia. Apa yang elok untuk kita tak selalunya elok untuk orang lain, tetapi itu tak bererti kita patut berputus asa. Apa yang tak sesuai untuk satu kumpulan murid, mungkin baik untuk kumpulan murid yang lain. So, keep on trying. Mari kita mulakan.

Saya pernah terima WhatsApp dari kawan sekerja yang berharap sesiapapun yang bakal menerajui Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), mansuhkanlah kewujudan “lesson plan” (rancangan pengajaran). Para guru sekalian, bukanlah guru kalau kita tak suka buat “lesson plan”.  Ia adalah seperti sekampit perasa dalam bungkusan mee Maggi kita. Kalau takde serbuk perasa tu, apalah gunanya beli mee Maggi, kan?

“Lesson plan”  sepatutnya menjadi waktu atau medium untuk guru-guru berimaginasi dalam menyediakan pengajarannya. Ia tak perlu terlalu penuh dengan objektif, tak perlu terlalu banyak alat bantuan mengajar (ABM). Apalah guna “lesson plan” cantik dan memenuhi kehendak pengetua tetapi akhirnya anak-anak murid kita masih ditakuk lama. Mereka masih tidak merasa impak pengajaran kita. Ini semua sia-sia. Jadi, pastikan “lesson plan” anda datang dari hati…dan ke hati anak-anak murid anda, bukan hati orang lain.

Bila baru-baru mengajar, short notes memang membantu. Kalau kita dapat subjek lain dari stream kita pun, short notes lah penyelamat. Jadi, awal2 ni jangan takut untuk membawa short notes. Tak perlu sentiasa pegang short notes anda semasa mengajar. Letak pada meja guru dan tengok bila perlu. Kalau terlupa tak apa, rujuk kembali. Be natural. Be human. Kita semua manusia. Kita bertindak sewajarnya.

Sebelum nak ke kelas, boleh dulu bincang dengan kawan-kawan seperjuangan atau betul-betul berlatih di depan cermin. Memang kita akan gelakkan diri sendiri, tapi takpe. Lebih baik ditertawakan diri sendiri dari ditertawakan anak murid. Zaman sekarang ni dah ada kamera pada telefon, lagilah mudah untuk rekod dan semak diri sendiri.

Tips ke-empat dari 7 tip mengajar untuk cikgu baru ini ialah RAJIN BERTANYA. Tanyalah guru-guru berpengalaman di sekitar tempat kita duduk di bilik guru. Tak perlu risau kalau dia bukan orang yang mengajar subjek yang sama dengan kita. Apa yang penting, pedagogi pendidikan tetap sama merentasi segala subjek. Jadi, rajin-rajinlah bertanya.

Bagi saya, “set induction” adalah penyelamat keadaan. Tak kiralah penyelamat untuk anak murid atau anda, “set induction” adalah umpama penenang keadaan untuk sesebuah kelas. Ambil masa untuk anda sesuaikan dengan persekitaran kelas. Perhatikan semua muka anak-anak murid dahulu sebagai langkah awal supaya nanti anak murid tak kata kita tak buat “eye contact” dengan mereka.

Kalau kita masih banyak yang perlu diperbaiki dari sudut pengajaran, persediakan anak-anak murid kita dengan sesuatu yang boleh dibincang bersama ketika waktu kelas. Maksudnya, mereka melakukan lebih banyak proses pembelajaran manakala kita hanya membantu menyumbang idea dan tunjuk ajar hanya bila mereka perlukan kita sahaja.

Tips terakhir dari tajuk hari ini, iaitu 7 Tip Mengajar Untuk Cikgu Baru ialah “recap” atau ulang kembali apa yang telah diajar dan dipelajari oleh pelajar pada hari itu. “Recap” juga membantu anda untuk mengingat kembali sama ada objektif pengajaran anda telah tercapai atau tidak untuk hari berkenaan.

error: Content is protected !!